Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KL buat pusingan U: Bot China tidak ceroboh perairan

Mar 29, 2016 | 07:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia membuat pusingan U pada Isnin (28 Mac) apabila tentera lautnya berkata tiada kapal China mencerobohi perairannya selepas menyiasat dakwaan pihak berkuasa maritim bahawa 82 bot nelayan dikesan di luar Beting Patinggi Ali, di Laut China Selatan yang sedang hangat dipertikai.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata minggu lalu tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan aset tentera laut dihantar ke kawasan berhampiran bandar Miri di Sarawak itu selepas pemantauan udara mendapati sekumpulan bot nelayan China di sana.



Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ketua tentera laut memberitahunya pada Isnin tidak ada pencerobohan oleh kapal China.



"Saya lega kerana beliau (ketua tentera laut) mengesahkan bahawa perairan kita selamat," katanya kepada pemberita.



Datuk Seri Hishammuddin pada Ahad lalu menunjukkan keengganan meningkatkan ketegangan dengan China mengenai pencerobohan yang dikatakan berlaku ke dalam Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia, dengan berkata sekalipun ia disahkan, isu itu boleh "diselesaikan secara dua hala" dengan China, rakan perdagangan utama Malaysia.



Akhbar The Straits Times melaporkan pada Selasa (29 Mac) bahawa sumber berkata walaupun bot itu tidak ditandakan dengan jelas sebagai bot China, mereka diiringi kapal pengawal pantai China.



Penafian Datuk Seri Hishammuddin mengenai pelibatan Beijing menyebabkan kekeliruan termasuk dalam kalangan rakan-rakannya.



Datuk Seri Shahidan menegaskan "bot itu sentiasa ada di sana", dan memberitahu The Straits Times supaya "telefon APMM sekarang, mereka mesti ada jawapan tersedia".



Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menikmati hubungan baik dengan Beijing, dan pelaburan China mencecah rekod tertinggi, dengan berbilion-bilion ringgit dicurahkan untuk mengambil alih cabang tenaga dan hartanah yang dulu dimiliki 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Syarikat milik kerajaan Malaysia itu terpaksa menjual aset-aset tersebut untuk menangani beban hutang sebanyak RM42 bilion ($14.3 bilion).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >