PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia memohon kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar supaya meningkatkan usaha membawa pulang blogger kontroversi Alvin Tan dengan segera.
Timbalan menteri Datuk Jailani Johari berkata Alvin Tan, yang dipercayai berada di Amerika Syarikat, perlu dibawa pulang segera agar tindakan undang-undang boleh diambil ke atasnya.