KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan Malaysia menafikan laporan berita CNN yang mendakwa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah dikerah mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejurus selepas dimaklumkan pesawat itu hilang pada 8 Mac lalu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dalam kenyataan ringkasnya melalui Twitter turut menafikan dakwaan laporan daripada agensi berita tersebut bahawa gerakan mencari TUDM itu hanya dimaklumkan Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA) dan juga pasukan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) tiga hari selepas pesawat itu dilaporkan hilang.