Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KL remehkan tindakan AS bagi rampas aset berkaitan kes 1MDB

Jul 22, 2016 | 07:32 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia meremehkan tindakan undang-undang Amerika Syarikat bagi merampas aset bernilai AS$1 bilion ($1.35 bilion) yang didakwa ada kaitan dengan wang haram daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Ini walaupun terdapat gesaan baru agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan kerana peranannya dalam syarikat pelaburan negara bergolak itu.



"Kita perlu memastikan fakta dulu. Ini adalah tindakan sivil, ini bukan tindakan jenayah. Ia terhad pada nama yang disebut dalam laporan DOJ (Jabatan Kehakiman Amerika)," kata Datuk Seri Najib, sambil menambah mereka yang dinamakan dalam saman itu, termasuk anak tirinya, Encik Riza Aziz, mempunyai hak mendapatkan proses undang-undang di Amerika.



Peguam Negara Apandi Ali menegaskan rakan sejawatannya dari Amerika tidak menamakan Datuk Seri Najib sebagai defendan dalam saman sivil yang difailkan di California pada Rabu atau mendakwa sebarang salah laku jenayah terhadap beliau.



"Tidak ada sembarang bukti daripada sembarang siasatan yang dijalankan oleh sembarang agensi penguatkuasaan undang-undang di pelbagai bidang kuasa yang menunjukkan wang telah disalah guna daripada 1MDB (atau) tuduhan jenayah dikenakan terhadap sembarang individu bagi kesalahan itu," kata Tan Sri Apandi dalam satu kenyataan.



Walaupun kenyataan DOJ tidak menamakan Datuk Seri Najib, ia merujuk berulang kali kepada "Pegawai Malaysia 1", seorang pegawai tinggi kerajaan yang mempunyai kawalan ke atas 1MDB dan telah menerima AS$681 juta dan merupakan saudara rapat Encik Riza.



DOJ juga menggariskan dakwaan pelibatan ahli perniagaan Low Taek Jho dalam menyalurkan wang hingga AS$3.5 bilion daripada 1MDB. Encik Low diketahui sebagai rakan rapat Encik Riza dan bapa tirinya.



Ketua Polis Khalid Abu Bakar berkata siasatan polis sedang berjalan dan meminta masa untuk penyiasat melakukan kerja mereka.



Surat khabar utama Malaysia meremehkan tindakan Amerika itu, dengan New Straits Times menyiarkan komen dalam talian menuduh penyiasat Amerika "mengambil jalan mudah" dengan memfailkan saman sivil dan bukan "dakwaan jenayah jika DOJ mempunyai bukti salah laku kukuh".



Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata seruan pembangkan agar Datuk Seri Najib meletak jawatan terbukti wajar.



Beliau mendesak dibentuk sebuah tribunal bebas dan diadakan pungutan suara mengenai kepimpinan Datuk Seri Najib jika beliau enggan berundur.



Walaupun terdapat tekanan baru itu, kedudukan politik Datuk Seri Najib dilihat sebagai selamat. Beliau masih mendapat sokongan daripada partinya, manakala parti-parti pembangkang dalam keadaan kucar-kacir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >