KUALA LUMPUR: Dakwaan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) yang melaporkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerima dana daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah palsu, ujar Jabatan Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan.
Kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad itu, berkata Datuk Najib secara konsisten menyatakan dana itu adalah sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi.