Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KM Pulau Pinang Lim Guan Eng akui tidak salah terhadap 2 tuduhan rasuah

Jun 30, 2016 | 02:55 PM



GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan berkaitan rasuah pada Khamis (30 Jun), lapor media Malaysia.



Encik Lim, 55 tahun, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkaitan pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran tahun lalu dan perubahan tidak betul penggunaan tanah kerajaan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.



Beliau kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta ($335,300).



Pengkritik vokal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu secara rasmi dituduh di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada Khamis pagi selepas tiga bulan pemimpin Umno mendakwa beliau membeli rumahnya tahun lalu pada harga RM2.8 juta ($939,000) daripada ahli perniagaan yang sering berurusan dengan kerajaan negeri, sedangkan nilai pasaran hartanah itu ialah RM4.7 juta.



Ahli perniagaan itu, Cik Phang Li Khoon, pula didakwa bersubahat dengan Encik Lim.



"Dia memperolehi hartanah itu walaupun tahu anda ada urusan perniagaan dengan kerajaan negeri," kata pertuduhan tersebut.



Cik Phang juga mengaku tidak bersalah dan diberi ikat jamin RM200,000.



Mahkamah Tinggi menetapkan pengurusan kes pada 22 Sep, apabila ia akan menimbangkan apakah perbicaraan akan dijalankan secara bersama selepas meneliti semua dokumen.



Selepas bermalam dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Encik Lim dibawa ke mahkamah pada 10 pagi Khamis dalam kumpulan tujuh kenderaan.



Dalam mahkamah, Encik Lim memeluk ibunya yang berlinang air mata, saudara perempuan, Hui Ying, dan isterinya, Cik Betty, yang kelihatan sedih, lapor Malaysiakini.



Beliau berjabat tangan dengan bapanya, Encik Lim Kit Siang, penasihat partinya, Parti Tindakan Demokratik (DAP).



Encik Lim menjadi ketua menteri Pulau Pinang sejak 2008 dan mengetuai DAP sejak 2004 sebagai setiausaha agung.



Peguam Encik Lim, Encik Gobind Singh, berkata pada Rabu malam bahawa anak guamnya itu bekerjasama dengan SPRM dalam siasatan terhadapnya.



Beliau berkata tindakan menahan Encik Lim semalaman "tidak boleh diterima langsung".



"Mereka boleh memberitahu beliau supaya hadir di mahkamah pada Jumaat sahaja daripada menahannya semalaman," katanya.



Mengenai laporan bahawa Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali akan mengetuai pasukan pendakwaan, Encik Gobind berkata: "Bawalah mereka dan biarkan pertempuran bermula kerana kami bersedia menghadapi mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >