Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KM Pulau Pinang Lim Guan Eng dijangka dituduh di mahkamah pagi Khamis

Jun 30, 2016 | 09:54 AM



GEORGE TOWN: Sekatan jalan raya telah dipasang dan galeri awam di mahkamah penuh dengan orang ramai sedang Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, dijadualkan dikenakan secara rasmi tuduhan rasuah pada pagi Khamis (30 Jun).



Encik Lim, yang telah menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan skandal kewangan besar berkaitan syarikat dana pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ditahan di pejabatnya pada Rabu oleh pegawai Suruhanjaya Penyiasatan Rasuah Malaysia (SPRM).



Beliau didakwa melakukan rasuah dengan membeli rumahnya di bawah harga pasaran RM2.8 juta ($932,000) tahun lepas dan dengan secara tidak wajar mengubah penggunaan tanah awam untuk membolehkan pembangunan.



Encik Lim telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu.



Selepas bermalam dalam tahanan SPRM, beliau dijangka dibawa ke mahkamah pada 10 pagi Khamis. Beberapa jam sebelum kehadirannya, polis telah memasang sekatan jalan raya di Jalan Sultan Ahmad Shah sebelum bangunan SPRM dan Lebuh Farquhar berhampiran mahkamah Pulau Pinang.



Kenderaan merangkak dari Jalan Pangkor ke Jalan Sultan Ahmad Shah, manakala lalu lintas perlahan di Lebuh Farquhar. Beribu-ribu pelajar dan pekerja lewat ke sekolah dan kerja dek penutupan jalan.



Galeri awam di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang sudah penuh, dengan orang ramai tiba di mahkamah seawal 7.30 pagi.



Ketua Polis Daerah (OCPD) George Town, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mior Faridalathrash Wahid, yang berada di bangunan SPRM pada kira-kira 7.45 pagi, berkata sekatan jalan raya dipasang untuk memastikan proses lancar menghantar Encik Lim ke mahkamah.



Beliau berkata polis juga akan mengawal bilangan orang yang dibenar memasuki bangunan mahkamah atas sebab sama.



Encik Lim, 55 tahun, anak ahli politik veteran Lim Kit Siang, menjadi ketua menteri Pulau Pinang sejak 2008 dan mengetuai pembangkang Parti Tindakan Demokratik (DAP) sejak 2004 sebagai setiausaha agung.



Beliau dipenjara 12 bulan pada 1998 selepas didapati bersalah kerana menghasut.



Encik Lim ditangkap pada Rabu menyusuli tuduhan selama tiga bulan oleh para pemimpin Umno bahawa beliau mendapat manfaat dalam membeli banglonya di Pulau Pinang daripada seorang ahli perniagaan, Cik Phang Li Khoon, dan bahawa Cik Phang terlibat dalam urus niaga perniagaan dengan kerajaan negeri yang dipimpin Encik Lim.



Cik Phang turut ditangkap di Pulau Pinang pada Rabu, Beliau juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen di Pulau Pinang pada pagi Khamis. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >