Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Komander ISIS warga Indonesia maut di Syria

Mar 15, 2017 | 08:46 AM



JAKARTA: Seorang komander warga Indonesia kumpulan militan Asia Tenggara anggota Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) terbunuh pada Isnin (13 Mac) dalam apa yang dipercayai sebagai serangan bunuh diri yang gagal ke atas tentera Syria.



Bahrumsyah maut selepas kereta sarat dengan bahan letupan yang dipandunya ke sebuah unit Tentera Arab Syria di Palmyra meletup sebelum masanya, menurut Al-Masdar News.



ISIS mengesahkan kematian Bahrumsyah tetapi mendakwa dalam siaran di media sosial pada Selasa bahawa serangan bunuh diri oleh 'Abu Muhammad al Indonesi' berjaya menyebabkan kerosakan terhadap musuh.



'Abu Muhammad al Indonesi' nama yang digunakan Bahrumsyah.



Bahrumsyah terkenal dua tahun lalu selepas muncul dalam video pengambilan anggota baru di mana dia menggesa militan asal Indonesia dan tempat lain di rantau ini supaya menyertai ISIS.



Dia dilaporkan dipilih sendiri oleh pemimpin ISIS, Abu Bakr al-Baghdadi, untuk memimpin Katibah Nusantara, iaitu unit pertempuran kepulauan Melayu berpangkalan di Raqqa.



Bahrumsyah pemimpin Mujahidin Indonesia Barat sebelum pergi ke Syria pada Mei 2014.



Para pakar berkata dia sebahagian daripada rangkaian militan pro-ISIS Indonesia, yang termasuk Bahrun Naim, Abu Jandal dan Aman Abdurrahman, iaitu pemimpin rangkaian pengganas Jemaah Ansharut Daulah.



Bahrun dan Abu Jandal juga telah menyertai ISIS di Syria, manakala Aman sedang menjalani hukuman di sebuah penjara di Indonesia kerana membiayai kem latihan separa tentera di Aceh pada 2010.



Isteri ketiga Bahrumsyah, Nia Kurniawati, antara 17 warga Indonesia yang dihantar pulang dari Turkey pada Januari selepas didakwa cuba memasuki Syria.



Beliau kini diletak dalam program pemulihan di sebuah tempat perlindungan di Jakarta.



Penganalisis Adhe Bhakti dari Pusat Pengajian Radikalisme dan Penyahradikalan percaya Bahrumsyah "aset berharga" bagi ISIS dan kematiannya, jika benar, satu tamparan besar ke atas cita-cita ISIS mewujudkan khalifah di Asia Tenggara.



"Dia penghubung penting bagi rakyat Indonesia yang ingin menjalin hubungan dengan ISIS di Syria," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >