Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Komen di Petaling Street: China pertahan tindakan duta ke Malaysia

Sep 29, 2015 | 11:01 AM



China mempertahan tindakan dutanya ke Malaysia yang diminta Kementerian Luar menjelaskan pada Isnin (28 Sep) kenyataan beliau yang seolah-olah mengkritik perhimpunan pro-Melayu di Chinatown Kuala Lumpur.


Jurucakap Kementerian Luar China, Encik Hong Lei, berkata pada Isnin bahawa lawatan Duta Huang Huikang ke Petaling Street untuk Pesti Pertengahan Musim Luruh adalah kegiatan "biasa".


Encik Hong menegaskan China "berpegang teguh pada prinsip kewujudan bersama secara aman" dan "tidak campur tangan dalam politik domestik negara lain atau campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain".


"China dan Malaysia jiran mesra, kami berharap Malaysia boleh mengekalkan perpaduan negara dan kestabilan serta keharmonian kaum," kata beliau dalam satu taklimat akhbar harian.


Dr Huang menimbulkan keprihatinan dengan kenyataan yang dibuat di Petaling Street Jumaat lepas apabila beliau berkata China "menentang keganasan dan sebarang bentuk diskriminasi terhadap kaum", yang merujuk kepada perhimpunan pro-Melayu "baju merah" pada 16 September.


Beliau juga memberi amaran China "tidak akan berdiam diri" apabila ada "pelanggaran kepentingan China atau pelanggaran hak undang-undang dan kepentingan rakyat dan perniagaan China".


Beberapa orang menggesa Dr Huang meminta maaf kerana kenyataannya itu atau dihantar pulang jika enggan.


Dr Huang bertemu Pemangku Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, pada Isnin, tetapi tidak jelas apa yang dibincangkan dalam mesyuarat itu.


Seorang pegawai Kementerian Luar berkata ia akan mengeluarkan kenyataan kelak.


Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman, sedang berada di New York bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >