Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Konflik jejas restoran di Timur Tengah: CEO McDonald’s

Jan 05, 2024 | 12:26 PM



Chris Kempczinski, Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s (MCD.N), Encik Chris Kempczinski, melaporkan bahawa rangkaian restoran McDonald’s di beberapa pasaran Timur Tengah dan di luar kawasan tersebut mengalami “impak perniagaaan yang ketara” disebabkan konflik Israel-Hamas.

Kesan ini, menurut Encik Kempczinski, juga dikaitkan dengan penyebaran maklumat yang salah mengenai jenama tersebut.

Rantaian makanan segera terkemuka dari Barat termasuk McDonald’s dan Starbucks (SBUX.O) telah menjadi sasaran kempen boikot spontan yang berasal dari inisiatif akar umbi. Ini berlaku akibat persepsi yang terbentuk tentang pendirian mereka yang pro-Israel dan tuduhan memiliki kaitan kewangan dengan negara tersebut.

Encik Kempczinski mengutarakan kekecewaannya terhadap salah maklumat yang tersebar mengenai jenama McDonald’s dan menyifatkannya sebagai “mengecewakan dan tidak berasas”.

“Di mana-mana negara kami beroperasi, termasuk negara-negara Islam, McDonald’s diwakili dengan bangganya oleh pemilik pengendali tempatan. Mereka ini bekerja keras untuk menyediakan perkhidmatan dan sokongan kepada masyarakat mereka, sekali gus menyediakan pekerjaan kepada ribuan rakyat tempatan,” jelas Encik Kempczinski dalam satu hantaran di LinkedIn pada 4 Januari.

Pada Oktober, McDonald’s Israel mengumumkan di akaun media sosialnya bahawa mereka telah memberikan ribuan makanan percuma kepada anggota Pasukan Pertahanan Israel.


Namun, pengumuman ini telah ditolak oleh francais McDonald’s di beberapa negara Islam, menunjukkan kompleksiti politik serantau yang dihadapi oleh syarikat-syarikat multinasional semasa konflik.


Kesan dari boikot ini juga dirasai oleh beberapa jenama Barat di Mesir dan Jordan, dan kini telah meluas ke beberapa negara di luar kawasan Arab, termasuk Malaysia yang majoritinya beragama Islam.

Bagi tahun fiskal 2022, syarikat tersebut mempunyai francais dan mengendalikan kira-kira 40,275 restoran McDonald’s di lebih daripada 100 negara, dengan pendapatan tahunan sebanyak AS$23.18 bilion ($30.8 bilion) .


Saham syarikat tersebut telah turun sedikit dalam dagangan petang 4 Januari.


Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Stabuck, Encik Laxman Narasimhan, dilaporkan sebagai berkata Starbucks menjadi sasaran protes dan kempen boikot di seluruh dunia disebabkan oleh perang Israel-Gaza dan perbalahan dengan sebuah kesatuan sekerja di Amerika Syarikat.  

Starbucks mengeluarkan sepucuk surat menyokong keamanan dan menyalahkan kenyataannya yang diputarbelitkan sebagai punca premis kafe kopi premium berkenaan menjadi sasaran vandalisme, seperti yang dilaporkan BBC. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >