WASHINGTON: Sebuah panel kongres Amerika Syarikat akan mengadakan sesi bagi mendengar isu mengenai keganasan ekstremisme, termasuk ancaman daripada militan dalam negeri, berikutan perhimpunan pelampau kulit putih di Charlottesville, Virginia, yang mengakibatkan seorang wanita maut dan 19 orang cedera.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Dewan Perwakilan Amerika, Encik Michael McCaul, mengumumkan bahawa sesi itu bakal diadakan pada 12 September dalam suratnya kepada anggota panel kanan Parti Demokrat, Encik Bennie Thompson.