Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Konsert pertama di Jeddah dalam 7 tahun pikat 8,000 orang

Feb 01, 2017 | 11:26 AM



JEDDAH: 'Paul McCartney' Arab Saudi memukau peminat beliau dalam satu konsert yang jarang diadakan di Jeddah, bagi meningkatkan hiburan walaupun terdapat amaran ia satu "kehinaan".



Persembahan pada Isnin (30 Jan) oleh Mohammed Abdu, seorang penyanyi popular di seluruh Dunia Arab, adalah konsert besar pertama dalam tujuh tahun di bandar kedua Arab Saudi itu, menurut Arab News.



Kira-kira 8,000 peminat, kebanyakannya muda dan semuanya lelaki, memenuhi stadium tertutup bagi menikmati lagu-lagu Abdu yang romantis dan patriotik, kata seorang jurugambar.



Beliau disokong oleh sebuah orkestra Mesir dan membuat pwrsembahan bersama seorang lagi artis Arab Saudi, Rabeh Sager, dan penyanyi warga Iraq-Saudi, Majid al-Muhandis.



Abdu seharusnya membuat persembahan di Riyadh September lalu tetapi konsert itu dibatalkan tanpa penjelasan. Ia seharusnya menjadi konsert pertama di ibu negara itu dalam 24 tahun, lapor media tempatan.



Kerajaan Arab Saudi mengharamkan arak, pawagam dan teater awam, dan biasanya mengasingkan lelaki dan wanita di khalayak ramai.



Tetapi sebagai sebahagian daripada usaha pembaharuan ekonomi dan sosial meluas sejak tahun lalu, pihak berkuasa hiburan baru membawa masuk beberapa rancangan asing, yang ditonton oleh penonton terhad.



Pembaharuan ini diketuai Timbalan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, 31 tahun, yang menghadapi tentangan daripada golongan konservatif agama.



Mufti Besar Arab Saudi, Abdulaziz al-Sheikh, memberi amaran pada Januari mengenai "kehinaan" pawagam dan konsert muzik, dengan mengatakan ia akan merosakkan moral.



Amaran beliau dilaporkan oleh akhbar dalam talian Sabq, yang rapat dengan pihak berkuasa.



Pada 2008, seorang blogger veteran mengenai budaya Arab Saudi dan isu-isu wanita, Cik Eman al-Nafjan, membandingkan Abdu dengan legenda muzik British yang juga bekas ahli kumpulan Beatles, Paul McCartney.



"Yang turut membuat Abdu popular ialah reputasinya yang bersih sebagai lelaki yang mementingkan keluarga," tulisnya.



Jeddah secara meluas dianggap agak lebih liberal daripada Riyadh, ibu kota Arab Saudi. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >