Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korban banjir Korea S naik kepada 39, Presiden persalah respons lemah

Jul 18, 2023 | 02:00 PM



SEOUL: Presiden Korea Selatan, Encik Yoon Suk Yeol, pada Isnin menyalahkan pihak berkuasa gagal mematuhi peraturan hingga mengakibatkan angka kematian meningkat 39 orang dalam banjir setelah hujan selama beberapa hari, termasuk beberapa mayat ditemui di terowong jalan yang ditenggelami air.


Hujan lebat melanda bahagian tengah dan selatan negara itu pada Khamis, semasa musim tengkujuh yang bermula hujung Jun. Kementerian dalam negeri turut melaporkan sembilan orang dilaporkan hilang dan 34 yang lain cedera di beberapa kawasan di negara itu.

Seramai 12 orang mati, termasuk tiga mayat ditemui pada sebelah malam, semasa banjir di terowong di pusat bandar Cheongju, di mana 16 kenderaan, termasuk sebuah bas, diheret arus banjir kilat pada Sabtu selepas benteng sebuah sungai runtuh. Sembilan orang mengalami kecederaan.

Insiden itu memicu keraguan tentang usaha-usaha Korea Selatan menangani kerosakan banjir. Sebilangan pemandu kenderaan yang menggunakan jalan raya tersebut mempersalahkan pemerintah kerana gagal melarang kenderaan melewati terowong itu walaupun ramalan tentang banjir buruk telah dihebahkan secara meluas.

Kejadian banjir dalam musim hujan baru-baru ini telah mengakibatkan puluhan orang mati dan keadaan cuaca juga semakin memburuk.

Pada tahun lalu, pemerintah berikrar akan mengambil langkah-langkah perbaiki usaha menangani bencana akibat perubahan iklim selepas hujan lebat paling buruk dalam masa 115 tahun melanda ibu kota Seoul, termasuk daerah Gangnam, mengakibatkan sekurang-kurangnya 14 orang mati, dengan jalan bawah tanah, jalan raya dan umah ditenggelami air.

Encik Yoon, yang baru pulang dari lawatan ke luar negara, segera mengadakan mesyuarat pada Isnin dan mengatakan keadaan menjadi semakin buruk kerana kelemahan pengurusan di kawasan-kawasan yang berisiko.

“Kami telah berulang kali menegaskan supaya dikawal kawasan-kawasan berbahaya dan mengatur langkah awal pemindahan sejak tahun lalu, tetapi jika respon awal seperti ini tidak dipatuhi segera, ia menjejas keselamatan awam,” kata Encik Yoon dalam mesyuarat itu.

Beliau mengarahkan supaya dilaksanakan segera usaha menyelamat mangsa dan berikrar akan membantu keluarga yang terjejas, termasuk mengisytiharkan kawasan yang dilanda banjir sebagai zon bencana khas. – Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >