Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korban banjir, tanah runtuh Indonesia meningkat kepada 43

Jun 20, 2016 | 02:51 PM



BANYUNMAS: Angka kematian akibat tanah runtuh dan banjir di Indonesia meningkat kepada 43 orang pada Isnin (20 Jun), kata seorang pegawai, selepas ratusan rumah diselubungi lumpur dan batu.



Beratus-ratus anggota penyelamat mencari di rumah-rumah yang musnah dan longgokan tanah 19 penduduk kampung yang masih hilang selepas hujan berhari-hari mengakibatkan tanah runtuh dan banjir kilat di pergunungan pulau Jawa hujung minggu lalu.



Bencana alam itu berlaku di wilayah Jawa Tengah yang padat dengan penduduk, dengan lumpur, batu dan air bergerak deras menyelubungi bangunan apabila ia meluncur ke bawah lereng bukit dan menyapu pemandu dari jalan raya.



Penduduk kampung terpaksa berlindung di atas bumbung sedang air banjir naik. Penyelamat menggunakan jengkaut di kawasan yang lebih mudah diakses untuk mencari mangsa terselamat, dan di tempat terpencil mereka mengalihkan serpihan menggunakan tangan dan penyodok.



Jurucakap agensi bencana, Encik Sutopo Purwo Nugroho, berkata 43 orang disahkan mati, 19 hilang dan 14 cedera. Beratus-ratus rumah rosak teruk, dengan beberapa mencium bumi sepenuhnya.



Beliau berkata sistem cuaca La Nina, yang biasanya menyebabkan hujan lebat, mungkin menyumbang kepada bencana tersebut. Jawa, yang sepatutnya memasuki musim kemarau, dilanda hujan lebat sejak beberapa minggu lalu.



"Jun ini masih ada hujan lebat menyebabkan banjir dan tanah runtuh," ujar Encik Nugroho, sambil memberi amaran La Nina dijangka bertambah kuat pada bulan-bulan akan datang dan meningkatkan risiko bencana.



Beliau juga menyalahkan persediaan yang tidak mencukupi, sambil berkata agensi itu telah memberi amaran kepada pihak berkuasa tempatan bahawa hujan lebat akan datang tetapi tidak pasti apakah mereka telah mengambil tindakan.



Kawasan paling teruk terjejas akibat banjir dan tanah runtuh ialah daerah Purworejo, tempat 27 orang terkorban, kata Encik Nugroho. Kematian juga dilaporkan di daerah Banjarnegara dan Kebumen.



Pusat pemindahan, dilengkapi tempat perlindungan sementara dan dapur, disediakan berhampiran zon bencana. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >