Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korban gempa Ecuador naik kepada lebih 245 orang

Apr 18, 2016 | 12:09 PM



PEDERNALES (Ecuador): Angka kematian akibat gempa bumi terbesar di Ecuador dalam beberapa dekad meningkat kepada sekurang-kurangnya 246 orang, sedang penyelamat menggunakan traktor dan tangan untuk mencari mangsa di bandar-bandar pantai terjejas.



Gempa sekuat 7.8 itu melanda di luar pantai Pasifik pada Sabtu (16 April) dan dirasai di seluruh negara 16 juta penduduk itu.



Presiden Rafael Correa bergegas pulang dari lawatan ke Italy untuk menyelia kecemasan dan dijangka berucap kepada negara itu.



"Keutamaan segera ialah menyelamatkan orang terperanngkap dalam runtuhan," katanya melalui Twitter. "Segala-galanya boleh dibina semula tetapi nyawa tidak boleh diperolehi semula dan itulah yang paling menyakitkan," katanya kepada radio negeri.



Pemerintah berkata 246 orang meninggal dunia dan 2,527 cedera dalam kiraan terakhir pada petang Ahad.



Pihak berkuasa berkata terdapat sekitar 163 gempa susulan, terutamanya di kawasan Pedernales. Keadaan darurat telah diisytihar di enam wilayah.



Kira-kira 13,500 anggota pasukan keselamatan telah dikerah untuk menjaga ketenteraman di seluruh Ecuador, dan pinjaman sebanyak AS$600 juta ($814 juta) daripada pelbagai pemberi pinjaman segera diaktifkan bagi kecemasan, kata pemerintah.



Ia menyifatkan gempa itu sebagai yang paling teruk sejak bencana serupa pada 1979, yang, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), mengorbankan 600 orang dan mencederakan 20,000. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >