ITOGON (FILIPINA): Taufan ganas Mangkhut membunuh empat orang di wilayah Guangdong di selatan China, sementara jumlah korban di pulau Luzon di utara Filipina meningkat kepada 74 semalam pagi, menurut polis, dengan jumlah itu dijangka meningkat.
Sehingga 40 orang masih dikhuatiri terkubur dalam satu tanah runtuh di Itogon, yang dipukul taufan itu Sabtu lalu dengan membawa hujan yang sama banyaknya dengan hujan sebulan dalam masa beberapa jam sahaja