Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea Selatan dilanda gempa paling kuat

Sep 13, 2016 | 03:19 PM



SEOUL: Korea Selatan dilanda gempa bumi paling kuat sejak ia mula menyimpan rekod bencana itu, pada Selasa (13 Sep).



Gempa sekuat 5.4 pada skala Richter pada Isnin itu membuat orang ramai melarikan diri dari bangunan-bangunan.



Ahli seismologi berkata gempa itu satu fenomena geologi semula jadi, dan tidak kaitan dengan "gempa bumi buatan" yang berlaku minggu lalu apabila Korea Utara menjalankan ujian nuklear bawah tanah.



Tiada kematian dilaporkan, tetapi enam orang cedera ringan selepas terkena barang terjatuh, lapor Kementerian Keselamatan dan Keaman Awam.



Media sosial Korea Selatan rancak dengan imej tingkap depan kedai pecah dan orang melarikan diri dari apartmen dalam keadaan panik, termasuk beberapa yang membawa kanak-kanak.



Reaktor di empat loji tenaga nuklear negara itu ditutup bagi pemeriksaan keselamatan, dan dijangka kekal tidak beroperasi beberapa hari, tetapi tidak ada tanda-tanda sembarang kerosakan.



"Semua loji kami direka untuk menahan gempa hingga 6.5 kuat," kata jurucakap Korea Hydro & Nuclear Power Co, yang mengendalikan 24 loji nuklear Korea Selatan.



Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata negara itu dilanda dua gempa, yang pertama sekuat 4.9 dan ia diikuti sejam kemudian oleh gempa sekuat 5.4.



Ahli seismologi Korea Selatan, yang merekod kekuatan gempa kedua pada 5.8, berkata ia gempa paling kuat sejak rekod mula disimpan pada 1978. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >