Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea Selatan kesal rakyatnya terkorban dalam serangan nekad di Mesir

Feb 17, 2014 | 06:44 PM



SEOUL: Korea Selatan hari ini melahirkan rasa terkejut dan marah selepas tiga rakyatnya terkorban apabila sebuah bas yang membawa pelancong negara itu menjadi sasaran pengebom nekad berdekatan sempadan Mesir dengan Israel semalam.


Ia adalah serangan pertama terhadap bas pelancong sejak penggulingan Presiden Mohamed Mursi oleh tentera pada Julai lalu mencetuskan siri serangan di serata negara.


Gabenor Selatan Sinai, Encik Khaled Fouda, mendedahkan seorang pemandu bas warga Mesir turut terkorban.


"Kami terkejut dan marah atas pengeboman pengganas ke atas bas berkenaan...dan mengutuk dengan keras tindakan itu. Kami percaya pengganasan tidak boleh diwajarkan dalam apa jua keadaan dan tindakan tidak berperikemanusiaan dan tidak beretika itu harus ditangani dengan semua cara," kata Kementerian Ehwal Luar Korea Selatan, dalam kenyataannya.


Kesemua para pelancong Korea Selatan itu adalah anggota sebuah gereja dari daerah Jincheon, yang sedang bercuti 12 hari ke Turkey, Mesir dan Israel.


Menurut kenyataan itu, lagi 14 daripada mereka cedera dalam kejadian yang berlaku di sempadan Taba, di selatan Sinai. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >