Korea Selatan lepaskan tembakan amaran

SEOUL (Korea Selatan): Tindakan sebuah kapal peronda dan kapal nelayan Korea Utara memasuki kawasan perairan yang dipertikaikan telah menyebabkan sebuah kapal tentera Korea Selatan melepaskan tembakan amaran ke arah mereka hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Korea Selatan, dua buah kapal milik Korea Utara telah melintasi sempadan Laut Kuning sekitar 7.30 pagi waktu tempatan tetapi berundur selepas kapal peronda tentera laut Korea Selatan melepaskan lima tembakan amaran.

Sempadan Laut Kuning yang dikenali sebagai Garisan Had Utara, tidak diiktiraf oleh Pyongyang kerana menyifatkan sempadan tersebut dilaksanan secara tidak sah oleh Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas tamat Perang Korea pada 1953. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 60
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.