Korea Selatan nasihatkan jangan cas atau guna Galaxy Note7 dalam pesawat

SEOUL: Kementerian Pengangkutan Korea Selatan berkata pada Selasa (11 Oktober) bahawa semua telefon Galaxy Note7 yang dihasilkan oleh Samsung Electronics tidak harus digunakan atau dicas dalam pesawat.

Nasihat itu dikeluarkan selepas Agensi Teknologi dan Piawaian Korea Selatan berkata pengguna perlu berhenti menggunakan Note7, termasuk pengganti kepada yang asal, berikutan laporan kebakaran dalam peranti itu.

Samsung, pembuat telefon pintar terkemuka dunia, berkata ia telah meminta semua syarikat penerbangan global menghentikan jualan telefon itu dan pertukaran peranti asal dengan penggantinya, sementara ia berusaha dengan pengawal selia menyiasat masalah pemanasan berlebihan telefon itu.

"Pengguna yang mempunyai baik Galaxy Note7 asal mahupun Galaxy Note7 pengganti harus mematikannya dan berhenti menggunakan peranti itu," kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 58
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 2,956.130 -2.730