Korea Selatan rancang bina teknologi 5G bernilai $1.9 bilion

SEOUL: KOREA Selatan hari ini mengumumkan rancangan 1.6 trilion won ($1.9 bilion) untuk membina khidmat tanpa wayar 5G yang cukup pantas hingga membolehkan penggunanya memuatturunkan filem-filem penuh dalam sesaat sahaja.

Kementerian sains negara itu berkata, ia mempunyai matlamat untuk melaksanakan teknologi tersebut dalam masa enam tahun.

Bila siap, ia mempunyai kepantasan lebih 1,000 kali, berbanding khidmat 4G sekarang.

"Negara-negara di Eropah, China dan Amerika Syarikat sedang mengambil usaha-usaha agresif...dan kami percaya terdapat saingan sengit dalam pasaran ini dalam beberapa tahun ini," kata kementerian itu.

Di bawah pelan tersebut, khidmat percubaan 5G akan dimulakan dalam 2017 dan secara sepenuhnya pada Disember 2020.

Pemerintah Korea Selatan berharap untuk melaksanakan rancangan tersebut dengan pelaburan dan kerjasama daripada pengendali-pengendali seperti SK Telecom dan Korea Telecom, selain pembuat telefon bijak Samsung dan LG. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.