Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea Selatan sahkan kes Zika pertama

Mar 22, 2016 | 10:13 AM



SEOUL: Korea Selatan melaporkan kes sah virus Zika pertamanya pada Selasa (22 Mac), melibatkan seorang lelaki berusia 43 tahun yang telah pergi ke Brazil, ujar pusat mengawal penyakit negara itu.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1 Feb mengisytiharkan wabak virus Zika sebagai kecemasan kesihatan awam global, sambil memetik hubungan "amat disyaki" antara jangkitan Zika semasa hamil dengan microcephaly.



Zika belum terbukti menyebabkan microcephaly pada bayi, tetapi ada bukti menunjukkan kaitannya.



Microcephaly ialah keadaan di mana kepala luar biasa kecil semasa kelahiran dan boleh menyebabkan masalah pembangunan.



Brazil berkata ia telah mengesahkan lebih 860 kes microcephaly, dan menganggap kebanyakannya ada kaitan dengan jangkitan Zika pada ibu.



Ia sedang menyiasat tambahan lebih 4,200 kes yang disyaki microcephaly. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >