SEOUL: Korea Utara melepaskan tembakan meriam ketika latihan tentera di sebuah pulau bersempadan dengan Korea Selatan ketika ketegangan masih belum reda berikutan ujian nuklear dan peluru berpandu Pyongyang, kata jurucakap tentera Korea Selatan.
Insiden itu juga berlaku beberapa hari selepas Korea Selatan berkata mereka akan mengadakan latihan tahunan bersama secara besar-besaran dengan Amerika Syarikat pada bulan depan, yang menjadi antara punca ketegangan antara kedua-dua negara.