WASHINGTON: Ujian nuklear Korea Utara pada 6 Januari lalu tidak meningkatkan keupayaan teknikalnya tetapi Amerika Syarikat akan terus memantau tindakan Pyongyang membangunkan peledak termonuklear yang mampu sampai ke Amerika, kata Ketua Agensi Pertahanan Peluru Berpandu Amerika.
"Saya boleh rumuskan bahawa keupayaan teknikal mereka tidak meningkat. Oleh itu, apa saja yang mereka lakukan akan terus menjadi tanda amaran dan provokasi... kami akan terus memantau secara teliti," kata Naib Laksamana James Syring.