Korea Utara dan Selatan mula rundingan peringkat tinggi

SEOUL: Korea Selatan dan Utara hari ini mengadakan perbincangan peringkat tinggi yang pertama dalam tempoh tujuh tahun, dalam usaha meneroka cara bagi memperbaiki hubungan dua hala.

Perbincangan itu diadakan sedang Korea Selatan dan Amerika Syarikat membuat persiapan bagi menjalankan latihan ketenteraan besar-besaran, yang telah membangkitkan kemarahan Pyongyang.

Pada perbincangan hari ini, Korea Utara dijangka mengulangi tuntutannya agar Korea Selatan dan Amerika membatalkan latihan ketenteraan itu yang dijadualkan bermula lewat bulan ini.

Delegasi Korea Selatan diketuai oleh timbalan penasihat keselamatan bagi Presiden Park Geun-hye, Encik Kim Kyou-Hyun, sementara Korea Utara pula telah menghantar pegawai kedua tertingginya dari jabatan yang bertanggungjawab berkaitan hubungan dengan Korea Selatan.

Sejauh ini, hasil pertemuan yang diadakan di daerah Panmunjom di sempadan kededua negara tidak didedahkan. - AFP, Reuters.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.