SEOUL: Korea Utara menempatkan dua peluru berpandu jarak sederhana Musudan di Pantai Timur negara itu, kemungkinan persediaan untuk pelancaran hari ini, sempena hari ulang tahun kelahiran pengasas rejim komunis berkenaan, lapor akhbar Yonhap.
Pelancar bergerak dikesan membawa dua peluru berpandu Musudan, menurut Yonhap, memetik sumber pemerintah Korea Selatan.