Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koroner: Kematian remaja Ireland-Perancis cuti di Seremban akibat 'peristiwa malang'

Jan 05, 2021 | 05:30 AM



SEREMBAN: Mahkamah Koroner Seremban semalam memutuskan kematian remaja perempuan Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin ketika keluarganya bercuti di Malaysia pada 2019 disebabkan peristiwa malang.



Koroner Mamoonah Aid memutuskan kematian remaja berusia 15 tahun pada waktu kejadian itu tidak berpunca daripada unsur jenayah atau pembabitan pihak ketiga.



"Setelah mendengar semua bukti berkaitan, saya memutuskan tidak ada orang lain atau pihak ketiga terbabit dalam kematian Nora Anne. Lebih besar kemungkinan dia meninggal dunia kerana tidak sengaja atau disebabkan misadventure (peristiwa malang) apabila dia didapati keluar dari Rumah Sora (penginapan) sendiri dan kemudian tersesat di ladang kelapa sawit.



"Untuk saya membuat spekulasi dan mengandaikan tindakannya dengan pembabitan pihak ketiga tanpa fakta dan bukti akan menjadi pelanggaran terhadap tugas saya. Siasatan dengan ini ditutup," katanya pada akhir penghujahan inkues.



Nora Anne hilang pada 4 Ogos 2019, sehari selepas dia dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di pusat peranginan The Dusun Resort di Seremban. Tapak seluas lima hektar itu terletak di sebelah hutan tebal dan di kaki pergunungan.



Pada 13 Ogos 2019, mayat Nora ditemui berhampiran sebatang anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5 kilometer dari resort itu menyusuli pencarian besar-besaran oleh pihak berkuasa.



Remaja itu mempunyai keadaan yang dikenali sebagai holoprosencephaly, iaitu otak tidak berkembang secara normal. Dia mempunyai komunikasi lisan terhad dan hanya dapat menulis beberapa perkataan.



Laporan awal bedah siasat menyatakan kematiannya akibat kebocoran usus berpunca daripada tidak makan buat tempoh lama dan tekanan berpanjangan.



Inkues bagi menentukan punca kematian Nora Anne dijalankan dari 24 Ogos hingga 10 Disember, membabitkan 47 saksi, termasuk ibu bapanya, Encik Sebastien Quoirin dan Cik Meabh Jaseprine Quoirin.



Prosiding inkues itu turut disiarkan secara langsung dalam talian melalui portal rasmi Badan Kehakiman Malaysia dan media sosial rasmi YouTube serta Facebook 'The Malaysian Judiciary' dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.



Saksi terakhir, Pegawai Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Inspektor Wan Faridah Mustanin, memberitahu Mahkamah Koroner siasatan mendapati tiada elemen jenayah boleh dikaitkan dengan kematian Nora Anne.



Inspektor Wan Faridah berkata sepanjang siasatan, beliau turut dimaklumkan ibu Nora Anne bahawa anaknya itu berkemungkinan mengalami kekeliruan ketika berada di tempat baru. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >