Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kotak hitam sahkan ada asap sebelum pesawat EgyptAir terhempas

Jun 30, 2016 | 10:19 AM



KAHIRAH: Data dari salah satu kotak hitam pesawat EgyptAir yang terhempas menunjukkan penggera asap dibunyikan dalam pesawat itu, dan jelaga ditemui pada bangkainya, menurut sebuah jawatankuasa siasatan yang dipimpin Mesir pada Rabu (29 Jun).



Kotak hitam itu ditemui di dasar Laut Mediterranean selepas pesawat Airbus A320 itu, dengan 66 orang di dalamnya, menjunam ke dalam laut pada 19 Mei dalam penerbangan ke Kahirah dari Paris.



Ia merakam data penerbangan itu dari saat ia berlepas hingga ia "berhenti pada ketinggian 37,000 kaki (11,250m)", kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.



"Data yang dirakam konsisten dengan mesej Acars mengenai asap di tandas dan asap avionik," katanya, dua hari selepas perakam yang rosak itu dibaiki di Perancis.



Penyiasat sebelum ini mengumumkan Sistem Pengumuman dan Laporan Komunikasi Pesawat (Acars) automatik pesawat itu menghantar isyarat menunjukkan penggera asap berbunyi dalam pesawat itu sebelum ia terhempas.



Penyiasat Mesir telah mengesahkan pesawat tersebut membuat pusingan 90 darjah ke kiri diikuti dengan pusingan 360 darjah ke kanan sebelum ia terhempas ke dalam laut.



Pesawat itu membawa 40 warga Mesir, 15 Perancis, dua rakyat Iraq, dua Canada dan seorang penumpang masing-masing dari Algeria, Belgium, Britain, Chad, Portugal, Arab Saudi dan Sudan.



Jawatankuasa itu berkata operasi mencari mayat penjumpang dan kru masih dijalankan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >