Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Krisis Amanah-PH jadi sebab Pengerusi Amanah dipecat?

Nov 01, 2022 | 05:30 AM



ALOR SETAR: Menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 5 November ini, kemelut dan krisis dalaman Parti Amanah Negara (Amanah) dapat dilihat apabila ia memecat keahlian Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, serta merta.



Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli, berkata Phahrolrazi mengingkari keputusan-keputusan parti dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti.



Pengarah Komunikasi Amanah, Encik Khalid Abd Samad, dalam kenyataan berkata Jawatankuasa Pengurusan Nasional parti itu mengambil keputusan memecat Datuk Phahrolrazi kerana tindakan beliau menghasut ahli dan pimpinan Amanah Kedah memboikot pilihan raya kali ini.



Ini setelah Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Encik Zulhazmi Shariff, sebagai calon di kerusi itu, satu-satunya kerusi Parlimen yang ditandingi DAP di negeri ini.



Encik Khalid berkata, walaupun berbeza pandangan dalam strategi parti dan agihan kerusi, tindakan menghasut ahli dan pemimpin agar memboikot pilihan raya, tidak wajar dan tidak boleh diterima.



"Ia bagaikan tindakan sabotaj dan menjejas kepentingan Amanah dan PH.



"Amanah mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa-jasa beliau selama ini dan menjadi pemimpin awal yang sama-sama menubuhkan Amanah dan menjadi pemimpin Amanah di Kedah, namun tindakan beliau adalah keterlaluan," katanya.



Kemelut dalaman yang bermula dengan pemecatan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, nampaknya berleretan apabila akar umbi parti mula kurang senang dengan tindakan pemimpin parti itu yang tunduk dengan DAP.



Di Kedah, Datuk Phahrolrazi dipecat parti kerana mempertahankan hak mereka, tetapi sebaliknya pemimpin atasan parti itu lebih mementingkan DAP daripada ahli mereka sendiri.



Datuk Phahrolrazi semasa sidang media lewat malam kelmarin sudah memberi isyarat tindakan menyerah kerusi Parlimen Jerai kepada DAP bakal dijadikan modal parti lawan untuk menyerang PH yang selama ini dilihat didominasi oleh DAP.



Ahli Jawatankuasa (AJK) Amanah Johor, Encik Mazlan Aliman, juga mempertikaikan pendirian parti tersebut yang dilihat memecahbelahkan akar umbi parti.



Encik Mazlan mempersoalkan tindakan PH menyerah kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada Parti Muda yang baru sahaja diambil menjadi rakan dalam gabungan tersebut.



Tambahnya lagi, dalam parti komponen PH, kepimpinan Amanah dilihat lemah menangani rundingan kerusi yang menimbulkan rasa tidak puas hati ahli dan penyokong parti.



Presiden Amanah, Encik Mohamad Sabu, berkata parti pimpinannya tidak mempunyai sebarang bantahan berhubung dua kerusi, iaitu Parlimen Jerai di Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong di Perak, untuk ditandingi oleh DAP.



"Jerai dan Changkat Jong memang diberi kepada DAP. Ya confirm. Amanah tak ada apa-apa bantahan.



"Tak ada masalah antara DAP dan Amanah? Tak ada masalah..tak ada masalah," kata Encik Mohamad ringkas kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah Jelajah Mega Harapan Perak lewat malam kelmarin.- Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >