Krisis hutang Greece: Hanya $89 sehari boleh dikeluarkan dari bank

ATHENS: Greece hari ini memperkenalkan kawalan modal dengan mengarahkan bank-bank di negara itu ditutup hingga 6 Julai ini, sehari selepas pungutan suara berhubung cadangan menyelamatkan kewangan negara itu.

Sepanjang tempoh penutupan itu, pengeluaran tunai di mesin juruwang automatik (ATM) juga dihadkan pada hanya 60 euro ($89) sehari, demikian mengikut satu warta yang dikeluarkan hari ini.

Warta mengenai langkah kawalan modal itu yang diterbitkan pemerintah Greece bertajuk "Bank Cuti", menyenaraikan langkah yang dikenakan terhadap institusi kewangan mulai 28 Jun hingga 6 Julai dan ditandatangani Presiden Greece, Encik Prokopis Pavlopoulos dan Perdana Menteri Greece, Encik Alexis Tsipras.

Warta itu menyebut mengenai keadaan mendesak dan tidak dijangkakan untuk melindungi sistem kewangan dan ekonomi Greece berikutan kekurangan kecairan disebabkan keputusan Kumpulan Euro pada 27 Jun untuk tidak melanjutkan tempoh perjanjian hutang dengan negara itu. - AFP, Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.