Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Krisis kepimpinan Terengganu: Najib akan menghadap Sultan

Apr 26, 2016 | 09:56 AM



LUNDU (Sarawak): Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, berkata pada Isnin (25 Apr) beliau akan menghadap Sultan Terengganu tidak lama lagi berkaitan krisis kepimpinan yang melibatkan Menteri Besar negeri itu.



Beliau berkata spekulasi mengenai nasib Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman harus dihentikan, sambil menambah "keadaan seperti biasa" di Terengganu.



"Saya dijadual menghadap Sultan Terengganu tidak lama lagi dan saya akan mengeluarkan kenyataan hanya selepas mesyuarat itu," kata Datuk Seri Najib kepada wartawan di Sarawak.



Datuk Seri Najib tidak menyatakan bila beliau akan menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin, tetapi akbar New Straits Times berkata ia mungkin diadakan hari ini.



Spekulasi bahawa Encik Razif mungkin disingkir meningkat di media sosial sejak beberapa hari lalu selepas namanya diumum dalam satu majlis awam pada hujung minggu tanpa gelaran 'Datuk Seri' yang dianugerahkan oleh Sultan.



Pejabat Sultan mengesahkan pada Isnin bahawa semua anugerah kepada Encik Razif telah dibatalkan Jumaat lalu, agensi berita Bernama melaporkan.



Hubungan antara Encik Razif dan Sultan Mizan nampaknya merosot minggu lalu selepas ucapan oleh Encik Razif yang dilihat oleh istana sebagai merendah-rendahkan Sultan.



Encik Razif dilantik oleh Datuk Seri Najib pada 2014 selepas menteri besar lama, Datuk Ahmad Said, yang dilantik oleh Sultan Mizan pada Mac 2008, diketepikan.



Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti dua kerusi sahaja dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang sebanyak 17 kerusi. Baki 15 kerusi dipegang oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).



Dengan Sultan Mizan tidak berminat Encik Razif terus menjadi menteri besar, penggantinya, menurut akhbar The Star pada Isnin, mungkin Ahli DUN Datuk Mohd Jidin Shafee, yang menjadi anggota exco kerajaan negeri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >