Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kru pesawat digantung gara-gara 'konsert' Bollywood di awan biru

Feb 05, 2016 | 03:49 PM



NEW DELHI: Sebuah syarikat penerbangan India, Jet Airways, menggantung lima anak kapal daripada penerbangan kerana membenarkan seorang penyanyi Bollywood membuat persembahan menerusi sistem pengumuman dalam penerbangan, umum jurucakapnya pada Jumaat (5 Feb), menyebabkan selaran media sosial terhadap keputusan itu.


Tindakan itu diambil selepas sebuah video persembahan tanpa persediaan penyanyi Sonu Nigam tersebar, menyebabkan siasatan oleh pihak berkuasa.


"Semua anak kapal dalam penerbangan itu telah dikenakan tindakan daripada tugas penerbangan bagi siasatan dan latihan pemulihan untuk menguatkuasakan pematuhan ketat prosedur operasi," kata jurucakap Jet Airways dalam satu kenyataan.


Video tersebut menunjukkan penyanyi selebriti itu mendendangkan lagu juara carta Bollywood dengan penumpang lain menyertainya dalam penerbangan sewa khas dari bandar barat Jodhpur ke Mumbai pada 4 Jan.


Berikutan siasatan, pegawai kerajaan meminta syarikat penerbangan itu mengambil tindakan terhadap anak kapal kerana melanggar peraturan dan menyalah guna sistem pengumuman dalam penerbangan.


Tindakan itu dikritik pengguna Twitter.


"Wah! Beliau membuat penumpang tersenyum... dan jet airways menggantung anak kapal... hebat!! Semoga cepat sembuh Jet Airways," tweet Sana Sheikh.


Bagaimanapun, ramai pengguna Internet menyokong keputusan syarikat penerbangan itu, dengan berkata perbuatan tersebut boleh menjejas keselamatan penerbangan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >