Kumpulan Baju Merah pula akan adakan rapat

BANGKOK: Kumpulan Baju Merah yang prokerajaan akan mengadakan rapat di pelbagai lokasi pada hujung minggu ini sebagai membantah tindakan para penunjuk perasaan untuk melumpuhkan Bangkok, Isnin ini.

Pemimpin kumpulan itu, Cik Thida Thavornseth, turut membidas pemimpin penunjuk perasaan, Encik Suthep Thaugsuban, kerana memfitnah dengan mendakwa pihaknya membayar setiap orang 3,000 Baht ($115.38) untuk menghadiri rapat itu.

Sehubungan itu, mantan Anggota Parlimen parti Phue Thai, Encik Vorachai Hema, berkata beliau akan memimpin anggota Kumpulan Merah di wilayah Samut Prakan, lusa.

Beliau turut menggesa para pelajar, peniaga dan penduduk yang tidak bersetuju dengan tindakan Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) pimpinan Encik Suthep untuk "menutup" Bangkok Isnin ini agar berhimpun dan mengadakan rapat di lapan lokasi di ibu kota Bangkok esok mulai 4 petang.

"Biar saya tekankan yang kita akan mengadakan rapat esok. Kita tidak akan mengadakan tunjuk perasan di lokasi-lokasi perhimpunan PDRC pada Isnin ini," kata Encik Vorachai yang ditukil The Nation.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 57
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.