RABAT (Maghribi): Penyanyi Jennifer Lopez akan disaman kumpulan pendidikan di Maghribi yang tidak berpuas hati dengan persembahannya yang seksi di negara itu minggu lalu.
TMZ melaporkan bahawa Lopez, 45 tahun, dituduh "mengganggu ketenteraman awam dan menjatuhkan maruah wanita" dalam persembahannya di Rabat Jumaat lalu yang disiarkan di televisyen.