Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kumpulan pengganas baru setia pada ISIS ditemui bergerak di Sumatera Utara

Mar 15, 2016 | 11:21 AM



JAKARTA: Polis Indonesia mungkin telah membongkar satu sel pengganasan dalam negeri baru, yang setia pada kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), yang beroperasi di wilayah Sumatera Utara.



Ini sekali lagi akan menjadi bukti tentang pengaruh meluas ISIS ke atas kumpulan militan yang berbeza di Indonesia, serta jangkauan geografinya yang luas di seluruh negara itu.



Usaha memburu pemimpin sel itu, yang dikenal pasti polis bandar Padang Sidempuan sebagai Abu Sumatera, atau 'Bapa Sumatera' dalam bahasa Arab.



"Kami mahu tahu siapa Abu Sumatera dan dari mana dia datang," kata Ketua Polis Padang Sidempuan, Pesuruhjaya Encik Helmi Lubis, sebagaimana ditukil akhbar The Jakarta Post pada Isnin (14 Mac).



Penganalisis antipengganasan mengatakan terdapat perbualan yang disandarkan pada Abu Sumatera dalam forum dan kumpulan sembang ekstremisme baru-baru ini.



Polis mengetahui mengenainya dan empat pengikutnya secara tidak sengaja selepas mereka meneliti telefon bimbit seorang pesalah seks yang ditangkap baru-baru ini, Rizal Faisal.



"Apabila kami meneliti mesej teks Rizal, kami mendapati perbualan mengenai ISIS dengan empat suspek dan Abu Sumatera," kata Pesuruhjaya Helmi, sambil menambah bahawa empat pengikut Abu Sumatera itu telah ditangkap di lokasi berbeza Jumaat lalu.



Para pakar, seperti penganalisis antipengganasan Al Chaidar dari Universiti Malikussaleh, berkata ISIS, dengan menggunakan perantara dan Internet, bukan menyebarkan ideologinya ke kawasan bandar di Jawa saja, bahkan bandar kecil dan kampung di Sumatera, Sulawesi dan wilayah Indonesia di pulau Borneo.



Kehadiran polis yang rendah di tempat-tempat itu membolehkan kumpulan radikal berkembang maju dan membesar.



Penganalisis Adhe Bhakti menambah bahawa Medan juga boleh menjadi tempat strategik bagi ISIS kerana ia bersebelahan dengan Malaysia.



Perkembangan terbaru ini datang selepas laporan mengenai dua bom yang disyaki buatan sendiri ditemui secara berasingan di Sumatera Utara awal bulan ini.



Penangkapan empat pengikut Abu Sumatera itu sebahagian daripada usaha lanjutan Indonesia selepas serangan militan di Jakarta pada 14 Jan lalu, yang membunuh lapan orang, termasuk empat pengganas yang ada kaitan dengan ISIS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >