NEW YORK: Beberapa penulis terkemuka Amerika Syarikat termasuk Stephen King, Junot Diaz dan Jennifer Egan membantah cara Encik Donald Trump menggunakan kata-kata.
Mereka adalah sebahagian daripada 400 penulis yang turut serta meletakkan nama mereka minggu ini pada surat dalam talian yang mengutuk calon Presiden mewakili Republikan itu berikutan "pendekatan tanpa prinsip moral dan elemen paling ganas dalam masyarakat".