Kumpulan sokong ISIS serang penjara Mindanao dan bebaskan ahli

MARAWI (Filipina): Pelampau yang menyokong kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) menyerang sebuah penjara di selatan Filipina dan membebaskan 23 tahanan pada Sabtu (27 Ogos).

Kira-kira 50 anggota bersenjata kumpulan Maute itu menyerbu penjara di bandar selatan Marawi di pulau Mindanao dan membebaskan lapan rakan mereka yang ditangkap hampir seminggu lalu, kata polis pada Ahad.

Lima belas tahanan lain, yang ditahan bagi kesalahan serius, juga melarikan diri dalam serbuan itu, kata warden penjara wilayah, Encik Acmad Tabao.

Polis sebelum itu berkata 28 banduan melarikan diri, tetapi Encik Acmad menjelaskan jumlah sebenar.

Beliau memberitahu pemberita dua wanita datang ke pintu gerbang penjara itu dan meminta pengawal menyerahkan makanan kepada tahanan. Apabila pengawal membuka pintu, sekumpulan lelaki yang kepala mereka tertutup memasuki pekarangan penjara.

Mereka mengalahkan pengawal, memaksa mereka berlutut dan mengambil dua senapang sebelum membebaskan banduan itu.

Mereka menjerit 'Allahu akbar' sebelum melarikan diri dengan kenderaan penjara ke tasik berdekatan. Ahli dan banduan kumpulan Maute itu kemudian melarikan diri dengan bot manakala banduan lain bertaburan, kata Encik Acmad.

Lapan ahli kumpulan Maute itu ditangkap pada 22 Ogos lalu selepas tentera yang mengendalikan sebuah pusat pemeriksaan mendapati bom dan pistol dalam van yang mereka naiki.

Maute ialah kumpulan militan yang berpangkalan di Mindanao. Ia melakukan penculikan serta pengeboman dan dipercayai mengetuai serangan ke atas sebuah pos tentera di bandar Mindanao di Butig pada Februari.

Pertempuran itu berlangsung seminggu, membuat ramai mati dan memaksa beribu-ribu orang meninggalkan rumah mereka sedang helikopter penggempur menentang serangan itu.

Semasa pertempuran Butig, ahli kumpulan Maute dilihat membawa bendera hitam ISIS manakala skaf bandana tertera lambang ISIS dijumpai di dalam pangkalan mereka, kata tentera.

Pihak berkuasa berkata mereka sedang menyiasat serangan di penjara itu dan mengapa keselamatan tidak dipertingkat selepas suspek berisiko tinggi dibawa masuk. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:44
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,314.120 +20.990