Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kunjungan sensitif Presiden Taiwan ke AS

Tsai ikrar tekanan luar tidak hambat Taiwan dari jalin hubungan dengan dunia walau dapat bantahan keras China
Mar 30, 2023 | 04:59 PM



NEW YORK: Presiden Taiwan, Cik Tsai Ing-wen, yang tiba di New York bagi persinggahan sensitif di Amerika Syarikat pada Rabu, berikrar untuk tidak membiarkan tekanan luar menghalang pulau itu daripada terlibat dengan dunia selepas China mengancam tindakan balas jika beliau bertemu Speaker Dewan Amerika, Encik Kevin McCarthy.


China, yang mendakwa  Taiwan sebagai wilayahnya, telah berulang kali memberi amaran kepada pegawai Amerika agar tidak bertemu Cik Tsai, yang berada di persinggahan pertamanya ke negara itu sejak 2019, melihatnya sebagai menunjukkan sokongan terhadap keinginan pulau itu untuk dilihat sebagai sebuah negara yang berasingan.


China mengadakan latihan ketenteraan besar-besaran di sekitar Taiwan pada Ogos lalu apabila Speaker Dewan Rakyat Amerika, Cik Nancy Pelosi, melawat Taipei. 


Angkatan bersenjata Taiwan berkata mereka memerhatikan pergerakan China apabila Cik Tsai berada di luar negara.


Cik Tsai sedang dalam perjalanan ke Guatemala dan Belize – dua negara di Amerika Tengah – yang merupakan antara segelintir negara yang mengiktiraf Taiwan secara diplomatik. 


Cik Tsai akan berada di New York sehingga Sabtu dan juga akan melawat Los Angeles sekembalinya dari Amerika Tengah. 


Beliau dijangka bertemu Encik McCarthy di California, walaupun ini tidak disahkan secara rasmi. – Reuters.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >