KUALA LUMPUR: Kuota jemaah haji Malaysia akan terus kekal sebanyak 22,320 orang dan tidak mengalami sebarang penambahan pada tahun hadapan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata hal demikian kerana proses pembangunan dan kerja penambahbaikan yang masih dijalankan di sekitar kawasan Masjidil Haram.