Penduduk wilayah tengah Nepal yang teruk terjejas dek gempa tinggal dalam rumah sementara Kira-kira dua bulan selepas gempa, kemusnahan yang melanda Nepal masih ketara. Walaupun proses pemulihan akan mengambil masa yang lama, bantuan badan kemanusiaan seperti Mercy Relief serta sifat tabah dan gotong-royong penduduk memudahkan proses tersebut. BERITA MINGGU mengikuti Mercy Relief mengunjungi Nepal baru-baru ini.
BELIAU yang berada dalam rumah bersama dua anaknya cuba berlari keluar sebaik sahaja terasa bumi bergegar dalam bencana gempa Nepal 25 April lalu.