Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lagi 14 tebusan Israel, 42 tahanan Palestin dalam senarai bebas pada hari kedua gencatan senjata

Perasaan gembira dan lega tetapi kekal bimbang dan takut bercampur-baur buat tahanan yang bebas dan keluarga
Nov 25, 2023 | 08:38 PM



BAITULMAKDIS: Pihak berkuasa Israel bertekad membebaskan 14 tebusan yang ditahan di Semenanjung Gaza berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober serta 42 tahanan Palestin, pada hari kedua perjanjian gencatan senjata pada Sabtu.


Pihak berkuasa penjara berkata, 42 tahanan lelaki dan perempuan dibebaskan di bawah syarat perjanjian, yang mewajibkan pertukaran pada nisbah tiga berbanding satu.

Sumber rasmi Israel pula berkata 14 tebusan akan diserahkan. Israel telah menerima senarai tebusan yang akan dibebaskan pada 25 November berikutan pembebasan 24 tebusan pada hari sebelumnya.

Sehingga akhbar ini diterbitkan, pegawai keselamatan dikatakan sedang menyemak senarai itu, kata pejabat Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, dalam satu kenyataan, selepas ikrar pemerintahnya untuk berusaha membebaskan semua tebusan yang diambil oleh Hamas.

Tebusan yang dibebaskan telah dipindahkan dari Gaza dan diserahkan kepada pihak berkuasa Mesir di persimpangan sempadan Rafah, bersama lapan kakitangan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah dalam konvoi empat kereta.

Mereka kemudian dibawa ke Israel untuk pemeriksaan kesihatan dan untuk bertemu semula dengan saudara-mara mereka.

Qatar, yang bertindak sebagai orang tengah dalam perjanjian gencatan senjata ini, berkata 13 warga Israel – termasuk empat kanak-kanak dan lima wanita warga emas – telah dibebaskan, dengan beberapa orang memiliki dua kewarganegaraan, serta 10 warga Thailand dan seorang Filipina yang bekerja di ladang di selatan Israel ketika mereka dirampas.

Sebagai langkah balasan, 39 wanita dan kanak-kanak Palestin – ada yang disabitkan atau ditahan kerana terbabit dengan tuduhan memiliki senjata dan kesalahan ganas – telah dibebaskan dari penjara Israel.

Sementara itu, bunyi percikan mercun yang memecah kesunyian malam pada Jumaat menggambarkan rasa gembira dan lega bercampur gejolak jiwa yang telah lama diusik bantahan apabila wanita dan kanak-kanak Palestin dibebaskan daripada penjara Israel.

Orang ramai yang berhimpun di Tebing Barat bersorak dan mengibarkan bendera Palestin dan Hamas, bersama-sama dengan selendang kaffiyeh, selepas dua koc putih, diiringi kenderaan berperisai, keluar dari kem tentera Ofer bersama tahanan.


“Saya gembira tetapi pembebasan saya datang bersama pengorbanan keringat dan darah para syuhadah,” kata Cik Marah Bakir, 24 tahun, merujuk kepada hampir 15,000 kematian di seluruh Jaluran Gaza yang menurut kepimpinan Hamas disebabkan oleh serangan tentera Israel.

“Untuk bebas daripada ‘empat dinding penjara’ ini merupakan satu kebanggaan buat saya. Sebab saya tidak pernah menduganya,” kata Cik Marah, yang berada dalam tahanan selama lapan tahun, kepada agensi berita AFP.


Sejak penghujung zaman kanak-kanak dan remajanya, beliau telah dipenjara, jauh daripada kediaman ibu bapanya, lantas beliau rindukan pelukan mereka. Beliau kini berada di rumah keluarganya di Beit Hanina di timur Baitulmakdis.

Keluarga individu yang dibebaskan meluahkan emosi bercampur-baur dan turut dibelenggu bimbang ke atas anggota keluarga atau individu lain yang masih terpenjara atau ditahan.


“Saya tidak mati,” kata pekerja ladang Thailand, Encik Vetoon Phoome, berulang kali kepada kakaknya, Cik Roongarun Wichagern, yang menyangka beliau tidak mampu bertahan menyusuli serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.


“Saya teruja membayangkan keluarga yang sudah lama terpisah dapat memeluk anggota keluarga mereka kembali,” kata Cik Shelly Shem Tov, ibu Encik Omar Shem Tov, 21 tahun, kepada saluran televisyen Israel, Channel 12, walaupun anaknya itu bukan dalam kalangan yang dibebaskan pada 24 November. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >