Lagi 5,800 bangunan diroboh untuk luaskan Masjidil Haram

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi telah mengambil alih tapak 5,800 bangunan dengan kos berjumlah SR75 bilion ($25.3 bilion) bagi peluasan kawasan Masjidil Haram di Makkah, menurut pejabat datuk bandar kota suci itu.

Pengambilan tanah terbaru itu termasuk bangunan Hotel Dar Al-Tawhid InterContinental dan bangunan bersebelahannya yang ketika ini merangkumi Hotel Hilton lama di sebelah barat dan selatan Masjidil Haram.

Fasa pertama peluasan Masjidil Haram termasuk kerja-kerja merobohkan 1,150 bangunan dengan kos berjumlah SR33 bilion.

Fasa kedua projek peluasan itu juga antaranya melibatkan kerja-kerja merobohkan 1,150 bangunan, menurut laporan akhbar Arab News, semalam.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.