Lagi dua meninggal dunia akibat Mers di Korea Selatan

SEOUL: Kementerian Kesihatan Korea Selatan hari ini mengumumkan dua lagi kematian akibat Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers), menjadikan jumlah kematian keseluruhan hingga kini kepada 27 orang.

Kementerian tersebut juga mengesahkan tiga kes positif baru menjadikan keseluruhan 172 orang disahkan diserang wabak itu, penularan terbesar di luar Arab Saudi.

Mangsa terbaru yang meninggal dunia berusia lebih 80 tahun dan sudah mempunyai gejala penyakit lain ketika diserang Mers, kata kementerian itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Di Bangkok, Thailand telah mula mempertingkatkan pemeriksaan bagi Mers di Lapangan Terbang Suvarnabhumi untuk menyertakan semua penumpang dari tujuh negara di mana jangkitan Mers telah disahkan.

Sedang keadaan pesakit Mers pertama di Thailand telah bertambah baik, 176 orang telah dikenal pasti kerana mendekati pesakit itu. Namun, tiada kes baru Mers dilaporkan di Thailand. - Reuters.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 23
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.