Lagi kapten bot S'pura ditangkap ceroboh perairan Indonesia

JAKARTA: Seorang lagi kapten bot Singapura, bersama anak kapal dan sembilan penumpang beliau, ditangkap kerana menceroboh perairan Indonesia.

Kapten Ricky Tan Poh Hui sedang mengemudi kapal Seven Seas Conqueress di bawah bendera Malaysia di perairan pulau Bintan apabila beliau ditahan oleh tentera laut Indonesia pada Ahad (21 Ogos).

Menurut tentera laut, Seven Seas Conqueress dipintas kira-kira 7.5 batu nautika dari pantai Tanjung Berakit, di Kepulauan Riau. Pihak berkuasa tempatan berkata bot yang dimiliki Odyssey Marine yang berpangkalan di Singapura itu tidak mempunyai kebenaran untuk masuk perairan tersebut.

Encik Tan, anak kapalnya yang seramai tiga orang dan sembilan penumpang, kebanyakannya pemancing riadah dari Singapura, ditahan oleh pihak berkuasa tempatan bagi siasatan di sebuah pangkalan tentera laut di Tanjung Pinang.

Komander pangkalan itu, Laksamana Pertama S. Irawan, berkata pada Isnin (22 Ogos) sebuah kapal tentera laut ternampak Seven Seas Conqueress semasa meronda memburu nelayan haram.

"Ada bukti (penangkapan ikan secara haram), seperti joran dan ikan segar," katanya. "Itu menunjukkan mereka sedang menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia."

Beliau berkata kes itu akan diserahkan kepada pejabat imigresen untuk tindakan undang-undang di bawah undang-undang Imigresen Indonesia dan juga kerana "amat jelas" bot itu menangkap ikan di perairan Indonesia tanpa kebenaran.

Tangkapan terbaru datang selepas pembebasan seorang kapten bot Singapura, Encik Shoo Chiau Huat, bagi kesalahan sama pada Julai.

Bagaimanapun, Encik Shoo, kekal dalam tahanan pihak berkuasa imigresen Indonesia selepas beliau dikenakan dakwaan berkaitan kesalahan imigresen menyusuli pembebasannya.

Peguamnya, Encik Herman Black, berkata pada Isnin bahawa usul sebelum perbicaraan telah difaildan kes itu akan didengar minggu depan pada Ogos 29.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 46
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.