Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Laluan kemanusiaan bagi lebih banyak bandar di Ukraine

Tentera Russia henti serangan bagi benarkan orang ramai tinggalkan ibu kota Ukraine dan 4 lagi bandar
Mar 10, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Pasukan tentera Russia dijadualkan menghentikan serangan mulai 10 pagi waktu Moscow (3 petang waktu Singapura) semalam dan bersedia membuka laluan menerusi Koridor Kemanusiaan agar orang ramai boleh meninggalkan ibu kota Ukraine dan empat kota lainnya, menurut agensi berita Tass yang memetik pegawai kanan Russia, kelmarin.



Maklumat mengenai laluan dari Kyiv, Chernihiv, Sumy, Kharkiv dan Mariupol akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Cik Iryna Vereshchuk, kata Ketua Pusat Kawalan Pertahanan Kebangsaan Russia, Encik Mikhail Mizintsev.



Cik Vereshchuk kelmarin berkata pihak berkuasa sekali lagi tidak berupaya menyelamatkan orang awam dari Mariupol.



Tidak jelas sama ada laluan yang diusulkan akan melalui Russia atau Belarus, syarat yang sebelumnya dibantah pemerintah Ukraine.



Orang awam meninggalkan kota Sumy yang telah terkepung kelmarin menerusi satu "laluan kemanusiaan" yang berjaya dilaksanakan sejak serangan Russia.



Ukraine menuduh tentera Russia melancar serangan ke atas laluan menyelamat, dari Mariupol di selatan negara itu.



Konvoi pertama yang membawa orang awam dari kota Sumy di utara Ukraine, tiba di laluan kemanusiaan di tengah kota Poltava, menurut kenyataan Pejabat Presiden Ukraine, lewat kelmarin.



"Sekumpulan 22 bas pertama telah tiba di Poltava," menurut timbalan ketua turus kakitangan, Encik Kyrylo Tymoshenko, di Telegram dan menyifatkannya sebagai satu "berita baik".



Tambahnya, 1,100 pelajar asing akan berangkat dengan menaiki kereta api ke Lviv di Ukraine Barat.



Dalam pada itu, konvoi kedua sekumpulan bas telah pun tiba di rantau Poltava, kata pentadbir pejabat presiden.



Koridor Kemanusiaan juga digunakan oleh pemandu kenderaan awam, tambahnya.



Sumy, 350km di timur Kyiv, telah menyaksikan pertempuran hebat sejak beberapa hari lalu.



Pihak berkuasa Ukraine berkata seramai 21 orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh akibat serangan udara di kota yang terkepung itu.



"Saya senang melihat kerja-kerja pasukan penyelamat pada masa ini telah berjaya sepenuhnya," kata Encik Tymoshenko.



Russia telah menegaskan pihaknya sedia menghentikan operasi ketenteraan di Ukraine 'dalam masa terdekat' sekiranya Kyiv memenuhi semua syarat yang dikenakan.



Menurut jurucakap Kremlin, Encik Dmitry Peskov, Moscow menuntut Ukraine menghentikan tindakan ketenteraan, meminda Perlembagaan untuk mengakui Crimea sebagai wilayah Russia dan mengiktiraf Donetsk serta Lugansk sebagai republik bebas.



Ia adalah kenyataan paling jelas pihak Russia setakat ini, yang mahu mengenakan syarat ke atas Ukraine untuk menghentikan operasi ketenteraan yang memasuki hari ke-12.



Encik Peskov, menerusi satu temu bual telefon bersama agensi berita Reuters, mendakwa Ukraine sedar mengenai syarat yang dikemukakan dan sudah diberitahu bahawa semua boleh dihentikan dalam masa terdekat.



Bagaimanapun, setakat ini tiada maklum balas dilaporkan dari Ukraine berhubung perkara itu.



Russia melancarkan serangan ke atas Ukraine dari bahagian utara, timur dan selatan selain menceroboh beberapa bandar termasuk Kyiv, Kharkiv dan pelabuhan Mariupol.



Pencerobohan yang berlaku pada 24 Februari lalu mengakibatkan krisis pelarian paling buruk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.



Tindakan pencerobohan itu juga mencetuskan kemarahan di seluruh dunia dan menyebabkan sekatan berat dikenakan ke atas Moscow.



Dalam pada itu, Encik Peskov menegaskan Russia tidak berhasrat untuk membuat sebarang tuntutan lanjut ke atas wilayah Ukraine.



Malah, beliau juga menolak dakwaan kononnya Russia menuntut Kyiv diserahkan kepada mereka.



"Kami benar-benar sedang menamatkan proses ketenteraan di Ukraine, kami akan menyelesaikannya, namun apa yang penting ketika ini adalah Kyiv juga perlu menghentikan tindakan ketenteraan.



"Mereka harus menghentikan tindakan ketenteraan mereka dan kemudian tiada sesiapa akan melakukan serangan balas," katanya. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >