LONDON - Peruncit British Marks & Spencer (M&S) telah menutup laman webnya untuk sementara waktu semalam, selepas beberapa pelanggan mengadu mereka terlihat butir-butir kontak pelanggan lain apabila memasuki laman tersebut.
Namun, M&S hari ini berkata tiada pihak yang menyerang lamannya dan tiada data kewangan telah didedahkan atau dicuri.
"Oleh kerana isu-isu teknikal kami telah menutup laman web kami untuk satu tempoh malam semalam," kata syarikat tersebut.
"Ini membolehkan kami menjalankan siasatan rapi dan menghuraikan isu tersebut dan memulihkan segera khidmat kepada pelanggan. Kami meminta maaf kepada para pelanggan di atas sebarang kesulitan yang timbul."
Awal bulan ini, M&S telah melancarkan kelab anggota baru dan skim kad dipanggil "Sparks" yang memerlukan para pelanggan membuat pendaftaran dalam talian.
Minggu lalu pula, syarikat telekomunikasi British TalkTalk telah mengalami serangan siber yang besar. - Reuters