Lampu di kaki lima sedarkan pejalan kaki khayal dek telefon bimbit

AUGSBURG (Jerman): Prihatin mengenai pejalan kaki tidak sedar tentang sekitaran mereka kerana asyik menggunakan telefon bimbit, bandar Jerman ini sedang mencuba lampu isyarat dalam bumi di kaki lima.

Menurut CNN, pihak berkuasa di bandar selatan Augsburg baru-baru ini memasang lampu itu di lintasan di dua stesen kereta api sesak, selepas mereka melihat sistem sama di Cologne.

Lampu-lampu itu berkelip, memberi amaran kepada pejalan kaki supaya jangan melangkah ke jalan raya.

Ia berharga kira-kira 10,000 euro ($15,300) setiap satu.

Walaupun terdapat aduan mengenai harga, jurucakap perkhidmatan perbandaran Augsburg, Encik Jurgen Fergg, memberitahu CNN kos itu wajar apabila dinilai dari segi kerosakan yang ia boleh halang.

Bulan lalu, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun cedera parah di Augsburg apabila termasuk ke laluan kereta api semasa berjalan sambil melihat telefon bimbitnya dan memakai fon kepala.

Encik Fergg juga berkata kemalangan maut melibatkan pejalan kaki yang perhatiannya terganggu juga berlaku di bandar lain Jerman.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.