Lanun yang rampas kapal tangki Malaysia ditangkap

KUALA LUMPUR: Lapan warga Indonesia disyaki lanun yang merampas kapal kargo MT Orkim Harmony, telah ditemui di Pulau Tho Chu, Vietnam pada 6.30 pagi tadi.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata TLDM sedang menunggu pengesahan pihak berkuasa Vietnam.

"Pada 0630 hari ini, di Pulau Tho Chu di Vietnam ditemui lapan warga Indon dalam bot penyelamat yang mendakwa bot menangkap ikan mereka karam.

"Siasatan sedang dijalankan," katanya menerusi Twitter sebentar tadi.

Sebelum ini, semua kru kapal tangki MT Orkim Harmony sudah dibebaskan kumpulan perampas sekitar jam 2.30 pagi tadi, kata Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM).

Berikutan pembebasan itu, semua perampas meninggalkan kapal dan melarikan diri menaiki bot penyelamat manakala kapal itu diiring ke pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba jam 2 pagi esok, kata Panglima Tentera Laut seperti dilaporkan dalam Twitter Bernama.

Hanya seorang kru kapal MT Orkim Harmony alami cedera ringan, lapor Berita Harian Online hari ini.

Kapal tangki itu bersama 22 kru terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar, dilaporkan hilang Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal tangki itu dirampas oleh sekurang-kurangnya lapan lanun bersenjatakan pistol dan parang dipercayai warga Indonesia.

Lanun dikatakan mahu menjual 6,000 liter petrol yang dianggarkan bernilai RM21 juta ($7.54 juta) dalam kapal itu kepada sindiket asing.

MT Orkim Harmony disahkan ditemui semalam oleh pihak berkuasa di perairan Kemboja, telah dicat semula dan ditukar nama kepada "Kim Harmon".

Sebelum ini kapal tangki MT Orkim Harmony dilaporkan beralih arah belayar ke timur Indonesia menuju ke Kepulauan Natuna dalam cubaan sekumpulan perampas bersenjata yang menawan kapal itu untuk melepaskan diri.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 44
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.