Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lapan cedera dalam serangan bom tangan di pub di Selangor

Jun 28, 2016 | 11:05 AM



SERDANG: Lapan orang cedera selepas sebutir bom tangan dilempar ke sebuah pub di sebuah pusat beli-belah di Puchong, Selangor, pada awal pagi Selasa (28 Jun), tetapi polis berkata kejadian itu bukan satu tindakan pengganasan.



Timbalan Ketua Polis Selangor, Timbalan Pesuruhjaya Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata kejadian berlaku kira-kira 2.15 pagi di IOI Boulevard sedang pengunjung pub menonton perlawanan bola sepak Euro 2016 antara Sepanyol dan Italy.



Empat lelaki dan empat wanita, termasuk seorang wanita warga China, dihantar ke Hospital Serdang dan Hospital Sunway.



Polis sedang menyiasat serangan itu sebagai kes cubaan membunuh, kata Datuk Abd Rahim, sambil menambah kemungkinan ia kejadian pengganasan telah ditolak.



Penyiasat sedang menyiasat apakah serangan itu bermotifkan persaingan perniagaan, dendam, atau suspek menyasarkan individu tertentu di kelab malam itu.



Seorang pekerja kelab, yang enggan namanya disiarkan, berkata dua lelaki dilihat membaling objek ke arah orang ramai sebelum letupan berlaku di teres terbuka di pub itu. Seorang lagi pekerja berkata lebih 20 pengunjung berada di pub itu apabila serangan tersebut berlaku.



Seorang pengawal keselamatan yang bekerja di kawasan tersebut berkata beliau melihat kepulan asap dari kelab malam itu selepas letupan.



Beliau nampak tiga orang cedera akibat serpihan kaca. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >