ROME: Sejumlah penerbangan dibatalkan dan jadual perjalanan beribu-ribu penumpang terjejas selepas sebahagian terminal di Lapangan Terbang Fiumicino terbakar.
Lapangan terbang utama itu ditutup kepada penumpang selama beberapa jam selepas kebakaran yang berpunca daripada kerosakan elektrikal di bahagian bar di terminal tiga yang digunakan untuk penerbangan antarabangsa.